Posts

LINO HEALTH

Image
Memperkenalkan LINO HEALTH jenama Produk kesihatan Mengambil seada-adanya segala manfaat dari apa yang telah Allah ciptakan dalam diri makhluk-makhluknya; kambing umpamanya Allah menjadikan kambing yang mampu mengeluarkan susu dan di dalam susu kambing Allah  jadikan sejenis asid yang dinamakan oleh para saintis dengan nama asid linoleik ( Linoleic Acid) yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia.  Mengambil sempena manfaat linoleik yang terdapat pada kambing iaitu dari susu yang dihasilkannya, kami  USRAH BAITUL IZZAH ENTERPRISE ingin memperkenalkan produk kesihatan berasaskan susu kambing. Kami namakan produk keluaran kami dengan brand  LINO HEALTH - Penjagaan kesihatan dan pencapaian kesihatan yang baik dari usaha mengamalkan pemakanan yang baik yang Allah ciptakan iaitu SUSU KAMBING ISMAIL BIN SALLEH Pengurus Usrah Baitul Izzah Enterprise Inspirasi keluarga , isteri tersayang Pn.Hjh Zuraiya Bt Jaafar ...

KASIH BERTAUT DI DESA KANH JONG

Image
Sarat dengan benih kasih Kepulangan kumpulan Kembara Ustaz Zubir Zakaria ke IPGKTB  selepas Cuti tahun Baru Cina 2011 adalah kepulangan yang sarat dengan benih kasih untuk disemai dan dibajai di Kampus Tuanku Bainun ini. Kembara berkereta menjenguk Muslim Cambodia pulang  bersama kisah yang merujakan. Sekembalinya mereka ke kampus,  berjaya membangkit simpati, mampu melahirkan kasih dan membangunkan semangat ukhwah di bumi jauh beribu-ribu batu. Walau  sesiapa pun belum dikenali lagi di bumi Kanh Jong, walau seraut wajah insan Khn Jong pun belum ditatap,  walau tiada tangan sesiapa di sana yang pernah disentuhi dan disantuni, namun insan-insan di Khn Jong telah masuk menyerap di hati warga IPGKTB ketika itu. Juga meresap masuk ke hati sanubari Pengarah IPGKTB ketika itu, Puan Hajah Tumerah binti Rosmin. Di hujung tahun 2011, sekali lagi Ustaz Rizal dan rakan-rakan kembaranya menelusuri Tanah Siam hingga Cambodia, kembara bermotosikal yang menjadi hobi ...

KISAH PANJANG DI DESA KANH JONG

PEMBUKA KISAH Alhamdulillah Setinggi kesyukuran. Inilah antara anugerah besar yang kuperolehi setelah lama mengidamkannya. Di usia yang menjengah masuk separuh abad ini dapat kuhasilkan satu tulisan yang diterbitkan seumpama ini. Syukur setinggi-tingginya ke hadrat Ilahi. Pengkisahanku ini bukan ceritaku. Cuma aku menjadi pengkisah, merakamkan watak insan-insan lain. Walaupun ada, kisahku tidak seberapa. Oleh itu akan tiadalah pengkisahan ini jika tiada kerjasama para pendokong wataknya. Justeru, setinggi-tinggi penghargaan kuucap dan kurakamkan kepada Ustaz Zubir Bin Zakaria, mengizinkan aku memetik sedikit catatan dari blogspotnya. Juga Ustaz Rizal Bin Ariffin dan Ustaz Mohd Hafizan Bin Abd.Halim yang sudi menjawab soalan interviewku. Pengkisahan ini juga tidak akan sempurna tanpa cerita-cerita dari lisan Ustaz Hj.Harun Bin Haya dan DR Hj.Abd.Razak Bin Othman, termasuk sumbangan gambar-gambar dalam koleksinya. Juga, rakan-rakan yang bersama sudi mencatat refleksi yang aku muatkan...

BADAN KONSULTASI MADRASAH MAFATIHUL 'ULUM KANH JONG,CAMBODIA

Image
Assalamualaikum wrth Badan Pendidikan Islam Cambodia-IPGKTB adalah sebuah organisasi sukarela yang ditubuhkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun sejak tahun 2012. Penubuhan badan ini telah mendapat restu pengarah instittut ini ketika itu iaitu Puan Hajah Tumirah. Badan ini berperanan sebagai sebuah badan konsultasi sukarela untuk sebuah sekolah agama persendirian di Kampong Kanh Jong, Mukim Chhnang, Cambodia. Dari masa ke semasa hingga kini jawatankuasa ini telah mengalami perubahan. Kini badan ini dipimpin oleh barisan jawatankuasa berikut: Pengerusi                   : Dr Hj Abdul Razak Bin Othman(hingga 1 Ogos 2017)                                      Ustaz Hj Harun Bin Haya(bermula 1 Ogos 2017) Penolong Pengerusi   : Ustaz Hj Harun Bin Haya (hingga 1 Ogos 2017)                 ...